Kerongsang Baju Kebaya atau Kerongsang Kerawang Tiga Serangkai bermotifkan tradisional sesuai dipakai bersama baju kebaya atau baju kurung. Juga dikenali sebagai 'Dokoh' sejenis hiasan yang tergantung di leher yang popular semenjak 200 tahun yang lampau.
Dihasilkan dengan menggunakan seutas rantai dan dihiaskan dengan beberapa rekabentuk sampingan yang dicantumkan di tingkat pertengahan kiri dan kanan rantai. Manakala di bahagian bawahnya disediakan pula kepingan yang bertingkat-tingkat ataupun hanya terdiri daripada satu atau dua kepingan sahaja.
Kepingan dokoh ini biasanya dihiasi dengan corak yang bermotif daun sukun dengan menggunakan berbagai-bagai teknik. Dokoh yang dua tingkat dan tiga tingkat biasanya disusun dari atas hingga ke bawah dan dicantumkan dengan menggunakan rantai di kirinya dan di kanannya. Dokoh biasanya direka dalam bentuk tiga segi dan bercorak bulan sabit atau daun-daun yang menarik. Ada di antaranya bertatahkan batu permata yang berwarna-warni.
Dokoh tiga tingkat merupakan hiasan leher dan dada yang paling istimewa dan tidak boleh ditinggalkan dalam adat istiadat perkahwinan. Pasangan pengantin perempuan dan juga pengantin lelaki memakai dokoh untuk menimbulkan keserian dalam majlis raja sehari.
Mari dapatkan segera, sementara stok masih ada!
Menjadi penyeri dipakai ketika hari perkahwinan, hari raya, majlis keramaian atau ke pejabat. Disamping itu, terdapat juga Kerongsang Besar, Kerongsang Dua & Lima Serangkai di dalam koleksi kami.
Kerongsang boleh diasingkan daripada rantai. Boleh dipakai secara tiga serangkai pada baju kebaya mahupun dipakai secara solo (satu sahaja) bersama-sama baju kurung. Boleh digantung pada leher atau disemat pada baju mengikut kreativiti si pemakai.
*Imej sebenar jauh lebih cantik & menarik berbanding imej yang dipaparkan
FREE POSTAGE FOR ALL ITEMS (VIA POSLAJU)
Penghantaran : Setiap Hari Isnin, Rabu, Jumaat & Sabtu Hari Bekerja
**Sila buat semakan stok untuk mengetahui status terkini setiap item
(Ready Stok / Out Of Stock / Price)
No comments:
Post a Comment